Friday, April 30, 2010

Babi" pembawa penyakit

Pengharaman daging babi dalam Islam boleh ditemui secara terus dari al-Qur’an. Di dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman:

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Parasit dalam babi berbeza dengan parasit dalam dalam haiwan seperti lembu. Cacing Taenia Saginata menggerumuni lembu dan terdapat dalam usus manusia menyempurnakan kitaran hidupnya di dalamnya. Oleh itu kemudaratan terbatas kepada kawasan di sekitar usus gastro dan mampu dibunuh dengan penggunaan ubat-ubatan. Sebaliknya, di dalam babi terdapat cacing Taenia Solium yang tidak dapat menyempurnakan kitar hidupnya di dalam usus menyebabkan ia terpaksa keluar melalui dinding-dinding usus dan masuk ke saluran darah sehingga ke seluruh badan manusia. Kuman-kuman ini akan berkumpul di organ-organ pemting seperti otak, mata, jantung, peparu dan hati boleh mendatangkan banyak penyakit berbahaya seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan histeria atau ketidakwarasan.

No comments:

Post a Comment

Contributors